Wednesday, January 2, 2008

KESESUAIAN TANAH UNTUK TANAMAN SERAI.

Serai ni mudah hidup dimana-mana jenis tanah kecuali kawasan berair/berpaya. Kalau nak buat projek dikawasan tanah lembah atau lembab (berpaya)..pastikan saliran/longkang/parit2 mencukupi. Keadaan atau jenis tanah berkait rapat dengan penggunaan baja dan penjagaan kelak. Misalnya di tanah berpasir, tanah berpasir ni kebiasaannya kekurangan unsur organik didalam tanah. Kadar pegangan air dalam tanah juga mungkin kurang baik...jadi penggunaan baja organik mungkin terpaksa dilebihkan. Kalau tanah yg asalnya berpaya, tanah tersebut mungkin pH nya agak rendah (berasid) jadi penggunaan kapur akan menjadi lebih tinggi di kawasan ini. (bagi meninggikan pH) , keadaan tanah yg berasid akan menjejaskan kesuburan tanah dan tanaman kerana kebiasaannya, baja akan hilang atau terlarut begitu sahaja hasil tindakbalas asid dlm tanah.. (asid sulfat). pH tanah yang sesuai adalah antara 4.3 ke 8.4.

sumber dari : http://hidupseorangpetani.blogspot.com/2007/06/serai-oh-serai.html

No comments: