Tuesday, April 8, 2008

Project Started...

Assalamualaikum....

Kembali lagi aku menulis dalam BLOG ni setelah kian lama menyepi...menyepi bukan sebab projek terbengkalai, tapi sebab terlalu sibuk. Seperti yang dirancang, tapak projek Serai yang dipilih adalah dekat Yan, kaki gunung Jerai dan betul-betul dekat dengan tempat perkelahan Batu Hampar.

Bermula dengan lawatan saudara Ridzuan (sri_kelubi) ke tapak projek, bermula lah kerja-kerja menyiapkan tanah untuk tanaman serai ni. Masalah demi masalah timbul bila apa yang dirancang, menemui jalan buntu. Rancangan untuk menaikkan mesin bajak ke tapak projek tertangguh dan akhirnya terpaksa digantikan dengan PLAN B. Masalah utama ialah sistem perhubungan iaitu jalan denai yang terlalu mencabar untuk Mesin Bajak tu mendaki. Kalau nak diikutkan, ada satu lagi jalan (jalan yang menjadi rancangan awal aku). Tapi malangnya, jalan tu dah di"seal" oleh Jabatan Perhilitan sebab ada orang dok curi balak.

PLAN B yang dimaksudkan ialah menggunakan kudrat manusia untuk membajak... Huhh..memang letih wa cakap lu...pakai cangkul beb... Tapi Alhadulillah, tanah tapak projek serai tu dah sedia digembur sebelum proses tanaman anak getah 5-6 bulan lepas. Cuma yang menjadi masalah kepada tenaga kerja aku, ialah semak samun (banyak pokok senduduk disekitar dada lorong anak getah). Mau tak mau, terpaksa jugak clearkan.

Pokok-pokok senduduk bersepah.

Kaedah yang digunakan untuk clear pokok-pokok senduduk tu...apa lagi racun je la..hehehe... Selesai meracun, tunggu dalam seminggu lebih baru check balik semua semak-samun tu...dan Alhamdulillah...byk yang mati.

Enjin Pam HONDA yang digunakan untuk meracun.

No comments: